aku, seorang yg gemar bergurau, witty-witty manja gitu.
kalau orang tanya, bila nak kawen. aku akan sengaja menjawab benda yg karut-karut.
contohnya:
-saya akan kawen pada 30 feb tahun depan (atau 31 haribulan, mana yg sesuai)
-saya akan kawen lepas raya, tahun tak tahu bila.
-saya akan kawen hanya apabila Hassan, sepupu saya, sudah punya tiga anak.
(hassan & mariati, telah berkahwin selama 5tahun dan kini punya sepasang cahayamata)
(mereka ambil serius hal ini, dan kemudian saya yang terjerat!)
tapi hari nih, seorang makcik saya bertanya lagi, bila kau nak kawen?
idea. idea.
"31 haribulan dua, tahun depan.." sambil gelak-gelak.
(anak beliau 'terkena' ngan lawak ini, takkan laa mak dia tak bleh kot? fikir saya)
tiba-tibe beliau marah saya!
"hah! kau cakap lagi macam tuh, main-main lagi!" getus beliau.
saya terus senyap. terdiam. terkejut. sebab selama ini beliau tahan gurau orangnya.
(saya belajar tahan gurauan dari dia laa!)
may be sebab saya satu-satunya anak saudara beliau yang difikirkan belum naik pelamin. nak kata tak comel, comel (muntah darah!), nak kata rajin dalam hal rumahtangga, rajin juga (muntah hijau!), nak kata manusia, mmg laa makhluk tuhan yang ini ok, tiada cacat cela.
dear makcik;
kakak tak ada niat nak bergurau dalam soal "bila kau nak kawen" dengan jawapan-jawapan hangat itu. tap itu la antara salah satu cara agar kakak boleh lupakan sejenak, sedetik, seketika, yang kakak merupakan satu-satunya anak buah makcik yang belum berkahwin, belum bersuami, belum menimang cahayamata, tatkala 3 orang anak-anakmu sendiri telah berjaya menjalani hidup berkeluarga, manakala seorang bakal menjadi suami pada May ini.
kakak buat-buat tak fikir soalan ini. sebab adik lelaki kakak pun yg kini berusia 24 tahun, sudah menyatakan hasrat ingin berkahwin pada tahun hadapan. manakala adik perempuan kakak pula, berusia 22 tahun, bakal disunting tahun depan juga. 2010, tahun majlis perkahwinan adik-adik kakak.
bukan kakak tak berusaha. tapi kakak tak tahu bagaimana caranya untuk mengenali seorang lelaki yang bisa menerima diri ini seadanya, dan kakak mahu kekal dalam satu sahaja rumahtangga, tak mahu 2, apatah lagi 3.
makcik sayang;
terkadang kakak berangan-angan, jika kakak ditakdir menjadi ibu, kakak akan menjadi ibu yang spoiled kan anak-anak nya. kakak akan jadi tak sampai hati dengan sesiapa saja. kakak akan dimarahi ayah anak-anak ini kerana terlalu memanjakan mereka. bawak kemana tempat mereka suka, masak apa yang teringin mereka nak makan, dan berikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi pada mereka, hingga ayah mereka naik cemburu.. haha!
oke makcik. berhenti disitu. :)
salam sayang dari anak buah mu yang maintain awet muda;
||alis||
moge kakak kawin tahun ni juge!
ReplyDeleteahaks
kueh-bakau-berlauk:
ReplyDeletehah? komen? apakah????
tak payah la masuk sini.
kakak malu seyh...
huhuhu...
ekekekekkee
ReplyDeletebila sampai waktunya, waktu itu takkan menunggu walau sepicing saat pun. Dia, jika masih hidup di alam fana ini,dia juga sedang mencari anda, dia juga sedang memikirkan anda, cuma belum ditakdir tuhan untuk diberi rezki pada sebuah pertemuan. Doakan dia tidak menyimpang arah, lantas dia akan menemui anda, pada satu waktu yang ditetapkan Illahi.
ReplyDeleteamirah terima kasih atas kata semangat awak! maaf tak perasan komen awak nih.. sorryyyy ;)
ReplyDelete