Nuffnang

Wednesday, March 11, 2009

sepatutnya gembira.. tapi.....

angah, sudah hampir 9bulan bernikah.6 bulan selepas itu, dia diterima masuk ke dalam KPLI. setelah 3 kali mohon, baru dapat (bayangkan, happy tak happy nyer dia!)

umum tahu; syarat utama KPLI untuk wanita yang telah berkahwin: ANDA DILARANG SAMA SEKALI UNTUK HAMIL!

yer, aku rasa korang pon tahu apa yang bakal aku nak cerita. 50-50 peluang kini angah telah HAMIL.

sumpah, kalau angah tak masuk KPLI, aku rasa bukan dia suami isteri jer happy giler; aku yang bakal jadik mak long nih, akan menari macarena siap2!

tapi things didn't turned out well. angah menangis sebab takut dia hamil. kesian dia. adik aku nih mmg lemah semangat sikit. orang kat rumah panggil dia 'sawi lecur', tak tahan apa juga dugaan. tak macam akak dia (ini orang2 kat rumah sendiri yg admit yer~) tapi dia ialah degree holder in architecture!

suasana kat rumah 2-3 hari nih, kurang ceria. malam kelmarin aku sampai tidur dlm bilik dia (giler lama tak tido sebilik ngan angah.) dia muram jer sambil siapkan assgmnt maktab dia. aku tanya kenapa? so, dia pon mula cerita kat aku... (takde A-Z pasal ada benda dia tak boleh nak share, i kan gadis lagik...)

tapi aku boleh tangkap apa yang dia nak cakap. kesian adik aku (sekali lagi) dia kalau moody, habislah. nangis jer...

pagi tadi sebelum melangkah kuar nak pi maktab, dia nangis lagi (ibu aku yg citer)
pasal apa dia nangis? pasal dia takut kalau dia terpaksa keluar untuk KPLI tahun nih;
tahun depan TAKKAN ADA LAGI KPLI untuk student degree cam dia, maybe tahun depan akan start pengambilan budak2 SPM terus yang masuk untuk 5 tahun sekaligus..

kesian dia. hubby dia, faizal pon, pening. plan bulan 8 nnt baru ada baby, bulan nih plak dah ada (i'allah).

aku buntu. tak tahu nak bagi dia moral support tang mana and cara mana lagi. aku fkir nak tulis satu surat untuk dia before dia balik maktab nih kejap lagi. maybe aku akan tulih pendek2, yer laa... org tgh pening, ko plak bagi dia baca panjang2, dia tuh da laa payah nak membaca :P


aku rasa ALLAH punya rencana hebat untuk dia. yer la, dia pon baru 2 bulan masuk maktab; kalau takdir dah 10 bulan dia masuk, alih2 preggy, tak ker penat juga tuh? untuk bulan 3 nih sahaja, assgmt dia jer dah dekat 13! all assgmt in A3! (A3=double A4) aku yg tukang tgk dia buat keje nih pon, tepuk dahi.

maybe antara kandungan dlm surat tuh nnt; i just want her to know that, its ok whether she's preggy or not, i'm still happy for her..

*dlm pada itu, aku sempat kira, jika angah benar hamil, aku bakal jadik mak long hari raya nanti :D*

3 comments:

Diana Ishak said...

aku pun penah apply KPLI walaupun aku benci gila jadik cikgu sebab konfem aku tak boleh pakai skirt. Tapi apply jugak sbb pak aji memandai je kata aku sesuai jadik cikgu sbb muka aku muka jawa (apa kaitan ntah).

Dia tak tau dah habis sukor la aku gagal intebiu tu kalau tak hari-hari muka aku masuk buletin utama kes lempang pelajar, tak pun aku la cikgu pertama yang ajar budak2 mencarut.

takpe, pesan kat adik ko tu Tuhan lebih tau apa yang terbaik untuk dia.

AMY SENSEI said...

Salam, situasi seperti adik anda juga pernah junior2 saya alami sewaktu di maktab dulu, tak dibenarkan mengandung, tapi pihak Kementerian Pelajaran taklah sekejam itu tidak membenarkan org yg telah mengandung bersalin. Sebulan sebelum bersalin sila buat surat rayuan kebenaran untuk bersalin pada Pengetua Maktab, insyallah akan diluluskan, tapi mungkin mendapat 2-3 minggu sahaja perlepasan cuti.Apa-apa pun atas budi bicara Pengetua dan BPG.

www.amysensei.blogspot.com

||alis|| said...

kak D: ahaha... sama laa kiter, jadik cikgu nih amanahnyer BESAR sekali... aku pon bukan penyabo sangat nak ajar2 org nih. tapi org yg kena sabo bila ajar aku..

kak Amy: terima kasih atas cadangan akak. just kwan saya dah pernah alami perkara cam nih, lepas 2bulan masuk, kena kuar sebab peknen. setahun lebih gak laa dia rehat, bulan May nih baru masuk balik. baby Sufina pon dah 5bulan dah :)

adik saya dah hantar surat berhenti, sah dah hamil 5minggu.. so maybe tahun depan dia sambung semula.