Tuesday, April 14, 2009

kepada bekas bakal lelakiku

tarikh: 31may 2008
waktu: 3petang
tempat: dalam kamar tidur
lagi sepuluh minit angah na menikah.. aku capai handphone, saja nak check sms yang ada, padahal tgh busy. kemudian perasan satu sms masuk, dari BTJBI (oiit, guna kod ok..), saying:
"salam lis, 3pm nih kami dah nak bertunang :)"
reaksi aku?
^$#%%selebet%$$ rase%$^$nak*&^%&%$pengsan!

haih...haih...lagi...
===============================
aku ingat reza bergurau tang dia bertunang tuh. sebelum itu....

tarikh: somewhere in mid of march, 2008
tempat: dalam kamar lagi..
aktiviti: meng-sms
aku tgh pujuk reza. reza kata BTJBI susah sgt nak terima cinta dia. aku sabarkan lagi. 'kapal terbang orang boleh highjack, inikan plak pompuan yg kecik molek cam tuh', kata pembakar semangat jiwa raga dari aku. yer. 40% darinya tidak ikhlas dari aku.

"ala, susah2 sangat aku bercinta dengan ko jer laa? nak?"
ujar mangkuk cendol tuh.
"ah, sudah! pegi main jauh2 la ko!" dalam hati, sabar lis.. sabar.... jgn lompat tinggi benar!

alih alih, last sms masa tuh: yer la lis, aku pon plan nak bertunang bulan may nih, ko jgn bagitau sapa2 tau, aku gitau ko sorang jer nih! wah, siap amaran bagai~ glemer cam pak lah ker ko? tidak, kan? so?

*****
silap aku, aku igt dia memain.. sampai laa datang sms dari tunang dia petang 31may tuh, pergh.. terjelepuk la aku disitu, menanti apa bakal berlaku, bak kata a.samad said (tetibe la kan orang tua nih masuk dlm drama aku). adik aku masuk bilik, tanya, ni apsal nih cam org nak pengsan? (padahal seumur hidup aku tak penah lagi pengsan, dia plak cam penah tgk aku pengsan camner... haih.)

adik aku nikah aku tak sedih sangat, yg aku sayu pasal petang yg sama, dia dah selamat jadik tunang orang.. huhu...

============================================

malam tadi, zam call. borak lama la jugak, ada laa dalam 30min, merah telinga gua beb! aku tak suka borak lelama, bukan cara aku.

zam: ko tau reza skrg buat apa?
aku: ntah, dah berapa bulan aku tak kontek dia, biarlah. *bunyi org kecewa okeh.
zam: budak aku ada kenal dia. habis tuh budak tuh cakap dia nmpak reza sekarang dah jadik salesman kete P---Dua.
aku: ha..?? yer ke? *bunyik terkejut!

sungguh aku terkejut dia end up jadik salesman keta. bukan. bukan aku pandang rendah apa yg dia buat. tapi aku terkejut... selama nih salesman kete laa yg dia paling benci nak buat... akak dia saleswoman ToY-ta sejak 10thn lepas pon, dia boleh pandang tak pandang jer.

aku cuma kesal kenapa dia tak teruskan ngan aktiviti jualan gelang dia tuh. pada aku apa yg dia dapat dari hasil jual gelang tuh, lebih berbelas kali ganda dari apa yg dia dapat dari jual kete. dan paling aku terkedu, sebab aktiviti jual gelang tuh la, aku dibuang 100% dari hidup dia. aku jadik musuh, aku tiba2 jadik org yg tak dikenalinya. rujuk n3 terawal aku di "peminjam rusuk". seminggu aku curah apa yg aku tak puas hati ngan dia. hanya dia. haih.

reza, walau apa pon yg kau buat kat aku dulu, aku berterima kasih. sebab klau ko tak buat camtuh, aku pon ntah kemana mana ntah sekarang nih..

dan kerana kau, aku berjaya juga jumpa fahri aku, biarpon fahri itu aku bakal jumpa di alam yg lagi satu :)

selamat pengantin baru reza pada 31may 2009 nih. aku doakan yg terbaik saja untuk kau. maaf, menghadirkan diri ke majlis kau, umpama aku mengalunkan lagu "pelamin anganku musnah".. sob..sob..sedeyy tauuu lagu tuh.. ko apa tau? dah dapat bini masa tuh. aku pon ko takkan nampak dah.. lagi satu, masa tuh sepupu aku kawen. hari yg sama. so mmg sah2 tak dapat 'memeriahkan majils ko'..

ko tau tak? BTJBI tunang kesayangan ko tuh call aku tanya "alis, pada awak ada tak baju sanding kaler coklat?" haaaa kau! tunang ko nak tempah andaman direct dari aku tuh! apa perasaan puan2? wanita yg bakal jadi isteri kepada bekas bakal lelakiku itu bertanya tentang persalinan pengantin... huhuhuhuhuuuuuuuuu!!! sayu hati ku tika itu...

dan; dia jemput aku datang majlis di rumahnya. ko? kalau jemput pon aku takkan datang. jgn risau, aku takkan rosakkan majlis ko. heyy... aku ada maruah yg perlu dijaga oke.

5 comments:

  1. Eh, mcm ngeri je bila dpt tau bekas boifren nak kawen...tapi aku mcm tak kisah, sebab tak der bekas boifren pon :(

    ...saya sudah bunuh mereka semua muahahahaha *gelak ebil*

    ReplyDelete
  2. dia bukan bekas bf aku, dia "bekas bakal bf" aku, hihi... boleh? n dia kawen ngan kawan aku jugek.. makkk....aih.

    ko n dan igt kan aku few mix couples yg aku kenal... 1 of them, mamat salleh tuh dari NZ, sangkut ngan kwn aku psal tetiap tahun pama mamat tuh p holiday tganu :), kawan aku org ganu.. by the way, ko mmg cute..

    ReplyDelete
  3. Semenjak kelmarin aku sibuk menanti dgn debar-debarnya utk membaca entry yang selanjutkan (chey, bahasa kamus), mana ni cekmekkkk??

    Bekas bakal bf? hahahahaha, kalau mcm tu, aku banyak lah bekas bakal bf yg dah kawen...brad pitt, david beckham..hahaha menangis sengsara aku auwww!

    eh, aku tak nampak dah perenggan kedua tu, aku nampak "kau mmg cute" je..HHAHAH eh, kau lah rakan yg ku cari-cari! (tetiba) hahaahha

    ReplyDelete
  4. joe: bile contest mu nak start... mu jgn buat2 taktau weh.. hihi..

    ReplyDelete

dah jumpa rusuk kiri kalian? :)