hari ini...
hari lahir dia, fa**lli.
siapa dia?
boleh kata, cinta pertamaku..
1998;
aku sekolah, kelas petang.
dia sekolah, kelas pagi.
selama itu, kami memasing tidak tahu, kami berkongsi,
meja dan kerusi yg sama dalam kelas yg sama...
selepas seketika;
waktu aku mengemas buku dalam laci meja;
taraa... ada surat terselit!
huik, ini bukan cobaan nih.. tapi benar2 berlaku~
"assalammualaikum wbt... awak, saya nak kenal awak boleh tak?
awak yg duduk meja ni, saya sekolah sesi pagi. yg benar; fa**lli
(sign yg cam cacing tapi aku masih mampu baca~)"
aku pelik; sapa fa**lli nih.. ish, salah org nih, mesti dia nak hantar kat siti,
dia letak silap meja (kerendahan diri yg nyata!)
aku pergi ke arah siti; bagi dia surat tuh; siti baca. dia senyum.
"awk jumpa surat nih kat mana" siti tanya.
"kat meja kita" aku biul lagik.
"maknanya dia nak kenal ngan awak la.. bukan dengan kiter...'
"tapi kiter tak tahu, dia nak kenal ngan sapa. dia tulis 'awak' jer.." biul lagi! sengal.
"awak, dia letak kat meja awak, bukan kiter, maknanya, dia nak kenal awak la.. meja kiter ngan meja awak kan jauh..?"
ye tak yer... budak melayu kelas petang 2 org sahaja. melayunya tidak ramai. sebab itu aku senang teka. so, pencarian bermula!
aku carik mamat yg pakaian sekolahnya selekeh, yg tak hansem, yg datang sekolah sekadar datang, bukan untuk belajar (baca: told u, aku mmg punya jiwa yg rendah, kondisi diri ini hanya untuk yg pertama... dari bawah!)
surat itu tetap ku balas. dengan menggunakan kertas muka surat tgh buku rampaian matematik; aku balas;
"wa'alaikumsalam... awak nih siapa? nak kenal dengan siapa sebenarnya? dengan siti ya? awak salah letak. meja siti bukan yg ini.."
esoknya "laa.. saya nak kenal dengan awak laa.. bukan dengan siti.". titik. di atas muka kertas yg sama.
seminggu aku carik; tak jumpa... siapa dia ek... hmmm.. mana nak cari nih...
sampai laa jumaatnya itu, petangnya... bila aku masuk kelas, 2.30pm, menunggu kelasku kosong daripada budak2 kelas pagi yg kosongnya ya-tuhan-ampun-yg-amat-lambat-dan-lembab itu. mereka ada 'event kelas'.
aku ingat. memang hari tuh, hari jumaat. jumaat selalu budak kelas pagi bertembung budak petang. sedang aku leka keluar masuk kelas (bercampur budak2 kelas pagi dan petang), terdengar suara kak Beevi, pelajar india muslim yg terkenal bijak itu.
"fa**lli... eh, mana penyapu kelas nih ek??"
ZAPPPP!!!
mata aku terus menangkap imej fa**lli.........
dan kebenarannya terbentang di depan mata, amat2 menakutkan aku yg memang penakut itu!
dia, fa**lli yg nak berkenalan denganku itu... rupa2nya
-seorang pengawas sekolah (sekolah aku dulu, melayunya amat sukar nak dilantik menjadi pengawas)
-seorang budak kadet polis (yg akhirnya menjadi sarjan kadet)
-seorang budak yg bijak pandai
-chinese look
-blaa...blaa...hensem... tak kerek..blaa..
-suka main badminton.. blaa...bla...anak murid kesayangan ustaz... blaa..
eh.....
OMG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
(bersambung.........)
No comments:
Post a Comment
dah jumpa rusuk kiri kalian? :)