Nuffnang

Tuesday, December 31, 2013

bila makji pergi rewang..

"..ajaklah kak long datang malam ni makjah, malam ni pengantin berarak.."

"haah, makjah.. ajaklah kaklong datang.. boleh tengok2 kaklong.."


makji senyum smbil cakap "insyaAllah.."

malam pengantin berarak, aku dan makji sama2 pilih untuk stay dalam rumah. dengarkan kompang rebana dan bunyi letupan bunga api.. tu pun dh cukup buat kami (aku khasnya)

releven kah? aku rasa zaman "penayangan" aku time kenduri kendara sudah berlalu. say, 3-4tahun lalu barangkali. aku dah jadi anti sosial dalam bermasyarakat.

sebab masyarakat area aku ni, menilai belakang2.

RIP respect terhadap semuanya itu. better duduk dalam bilik. smbil doakan semoga pengantin baharu tersebut bahagia hingga hujung nyawa. bukan lepas setahun bernikah, alih2 dengar dah berantakan.

aku jugak yg masih statik..

Monday, December 30, 2013

sendiri

*sebelum tuh mohon jangan terasa dengan n3 di bawah. cuma saya hanya menulis apa yang saya dok ingat sampai sekarang, semuanya kisah benar.. hurm.. macam serius je.. macam takut nak baca jer.. hiuhiu~


kisah sendiri (i)

dia anak angkat kepada pasangan suami isteri. ambil dari baby. duduknya di singapore. sekarang dah 36. belum berkahwin. ibu dan ayah menua. ayahnya sudah semakin tidak sihat. ada rupa. ada kerjaya. aktif dalam islamic NGO di sana. cuma kerana dia jarang balik ke kampung, maka tiada perhubungan yang mesra antara dia dan saudara2 malaysia. sekarang dia masih aktif dengan NGO.


kisah sendiri (ii)

dia anak tunggal kepada pasangan suami isteri. kerja sebagai pensyarah. banyak habiskan masa melancong. ibu ayah sediakan rumah banglo. sampai masa, keduanya meninggal dunia. si anak tinggal seorang diri. sehingga yang saya tahu, dia menjadikan rumahnya sebagai rumah kedua buat "selected students" dia, dan anggap mereka sebagai adik beradik. cuma dalam fikiran saya, sampai bila? hurm..

kisah sendiri (iii)

imam di kampung saya, punya 4 anak lelaki. semuanya dikurnia otak yang bagus dan cerdas. 2 darinya kini di Australia dan Russia. seorang di uni tempatan. seorang asrama penuh. imam dan isteri sakit. imam perlu dialysis hari2. isteri sudah separuh badan mild stroke. imam sudah letak jawatan. waktu ibu ayah menziarah, keadaan mereka sedikit kasihan. si suami yang menguruskan isteri, sedangkan suami sendiri perlu diuruskan.

"beginilah nasib kami, haji.. hajah.. tiada anak perempuan.. masak makan pun adik saya yang perempuan hantarkan.."


----------------------------------------------------

kisah-kisah ini cuma sebahagian. saya selalu berfikir. kalau takdir saya hidup sendiri, siapalah yang mahu menjaga saya. ibu ayah selalu berkata; kahwinlah kak long.. sekarang bolehlah tumpang kasih sayang kami.. tapi lambat laun.. kami akan pergi juga. masa tuh, adik2 semua dah ada keluarga masing2.. kak long nak duduk dengan siapa.. siapa nak jaga kak long.."


kak long bukan tak nak kahwin (siapalah yang tak mahu pasangan hidup kan..), cuma kak long boleh doa, semoga punya pasangan hidup di dunia ni saja.

tak semua bertuah bila hidup berdua dan berkeluarga.

tapi tak semua juga yang kata hidup bujang itu susah..


.

Saturday, December 28, 2013

berbaloikah semua ini?

waktu kejauhan
aku mohon didekatkan
dua rasa untuk jadi satu.

dalam hubungan
bukan satu tambah satu
tapi separuh tambah setengah
kurang dia, tambahkan aku
cacat tompang aku, pandang lebih pada dia.

begitulah.

bila makin terasa deras langkah dia menuju ke arahku
bingung pula semakin kuasai.

berbaloikah aku? untuk semua yang bakal dia hadapi?


berbaloikah dia? untuk cuma bayang aku sendiri yang sanggup temani?

Wednesday, December 25, 2013

kalau kita belum rasa nak kahwin.. tak boleh ke ambil kursus pra perkahwinan dulu?

saya gigihkan la diri untuk mendaftar. bukan apa, katanya nak buat jadi 1minggu lah.. jadik makin mahallah.. format 2014 akan bertukar barulah (ni staff jabatan agama sendiri beritahu saya, JAIM laa kan.. kalau JAI negeri lain saya kurang pasti)

sesetengah orang (termasuk kawan2 saya sendiri) semacam taboo untuk ambil kursus praperkahwinan, andai tiada rasa atau gesa nak kahwin.

rasa pathethic pada diri sendiri pun ya jugak (ini bukan mereka, tapi saya sendiri fikir macm tu)

sebab kita rasa hadir kursus sorang2 tu..

rasa loser.
rasa lone ranger.
rasa desparate (?)

itu sayalah yang fikir. orang lain saya tak pasti.

adik lelaki saya ambil kursus 6 tahun sebelum kahwin akhirnya.. baru2 ni. katanya ikot kawan. lelaki. mudah.  dan takdelah rasa segan sangat.

adik perempuan saya, ambil waktu masih di kolej. bersama kawan2..harga yuran baru rm40. separuh lagi kolej bayarkan. 4 tahun kemudian dia selamat bernikah.

saya ambil pula.. tak tahulah bila nikahnya.. Allah saja Maha Tahu.

dan sampai sekarang saya masih berfikir.. apa rasionalnya hadir kursus pra perkahwinan ni.. selain melihat pasangan bergambar berdua-duaan selepas tamat kursus (ini lagi satu saya kurang jelas rationalnya).. dan statistik atau kadar penceraian negara tidak jugak menurun.

 

Wednesday, December 18, 2013

lembut hati vs keras hati

saya dan tulip.


tak lama rupanya tuhan bayar cash.

sekarang apa yang pernah saya rasa dulu-dulu-dulu,
giliran dia pula kini merasa.

owh, entah bagaimana, asri dan saya berhubung kembali. sejak bila eh.. jap, ok, sejak saya check friend request FB. tiba-tiba ada nama dia. hati saya bilang, add sajalah, no harm

no harm-lah-sangat. lepas berbasi2, dia ajak kawen terus. kata selama ni dia memang sayang. bla-bla-bla-bla.. wait, pause, one minute. saya betul-betul merasakan.. antara baik hati dan sengih syaithonirajim dalam diri. fine, saya bukan malaikat.. semua pun bukan, ya? tidak?

saya bertanya, bila last menjadi solo?

"almost 2 years"

kalau ikot hati baik, saya pujuk "takpelah, ada jodoh yg baik untuk u kelak, i doakan"

tapi kenapa ntah, hari perjumpaan pertama selepas setahun lebih itu, saya lebih keras dari batu. malah peliknya melihat kasut yang pernah saya sarung, kini muat-elok berada di kakinya pulak.

saya dan dia berjumpa untuk masing2 saling bertukar khabar. sama seperti dulu, saya harap doa saya dimakbulkan. kerana setiap kali saya berjumpa, makin kuat saya melihat, dia semakin jauh dari "encik fahri". banyak. banyak sangat, yang buat dia makin jauh dalam kenangan. terbuang.

*mungkin ada hikmah, catatan 2009 yg berpuluh helai dalam word hilang bersama laptop sy 2thn lalu.. aturan tuhan memang cantik, kan? sebab jika masih ada catatan itu, saya masih akan berlembut hati demi mengenangkan memori indah lampau.

"usah berpaling, kerana jika cinderella berpaling, dia tidak akan menjadi puteri idaman puteranya :)


p/s: pssttt, encik fahri yg "sebenar" inshaAllah makin mendekat. pinky promise saya akan berkongsi. kelak. tak lama dah.. harapan saya, biarlah dia sahaja yg terakhir.. cuma bersama dia, saya diuji dengan terlalu banyak dugaan. bukan sedikit. hanya solat dan doa (serta mengaji) saja buat saya berkuat sekarang.



Monday, December 16, 2013

telangkai 2.0



biras saya nak saya carikan calon untuk kawan kepada suaminya. orang navy. tak pernah berchenta, berkawan pon tidak. katanya tak pandai. oklah, saya carikan. dan tak lama, jumpa pula, alhamdulillah la kan.. tapi bila kata calon ni sedia, si navy pula diam diri. membatu. sy tanyakan biras pon, katanya hp si navy rosak. kisahnya... haihhh.. saya mendoakan semoga mereka berakhir dengan sebuah ikatan kelak. sebab dua-dua pun dh level matang, tak sesuai dah nak berkawan atau kenal lama-lama (aiwah..!)

*durian berbentuk love. sayangnya sebiji ada 3 ulas cuma. isinya tebal, lemak manis, pahit2 sikit. sedap.. ya, cinta yang baik memang mahal harganya. dan rare.