Nuffnang

Tuesday, March 24, 2009

aku bukan isteri superman....

aku juga bukan superwoman
tapi hari nih, aku bangga (semalam i tido tak lena you..)
dalam 2 orang yg setuju 'adam' dicuci.. satu-satunya manusia yg berjaya ubah fikiran manusia2 ini agar 'adam' tidak dicuci..ialah aku!

ingin tahu rahsianya? aku mengamuk dan kemudian menangis, kemudian melalak!

nak iron baju, menangis.
nak mandi, menangis.
tgh mandi menangis.

haih 'adam'.. awak kena sayang acik bile awak dah tahu nak sayang orang nanti yer, sayang.. acik sayang awak.

lagi tentang 'adam'? nantikan entry terpanjang abad ini.. daa...

Monday, March 23, 2009

hamster yg comel!!!

hehehe... jumpa kat aBowman. comel sangat..
kiter letak ikan kat 'peminjam rusuk'..
dan letak hamster kat sini, comel giler la..
nih kalau tak bagi makan ker, bagi makan terlebih ke,
100% tak mati nyer..
kalau nak naik kan dia dlm wheel balik, kelik kat pusat wheel tuh (pusat???)

nih bukan naffnang..
kalau naffnang, berkoyan duit makcik..
jutawan beb..
jutawan.. hahaha!

Sunday, March 15, 2009

lappy, akaun, dan password


Dalam lappy aku ada 2 akaun, 2-2 aku create pasal satu akaun umum, lagi satu ala-ala private la konon.. sudahnya, aku pakai akaun umum, yang tidak memerlukan password requirement. Tekan sekali, screen saver pun keluar laa kan.

Malam tadi, aku terfikir nak masuk akaun private aku tuh, konon nak matikan password laa.. tak mau dah akaun tuh, bukan private apa pon, just ada file-file dewasa simpanan saya (teetttt…! Sila percaya. Tak, akaun tuh ada data2 akaun client unit trust aku, once upon a time nyer citer la tuh konon..)

Jemari halusku terus ingin menekan keyboard…

Mati.

Aku lupe password dia! Dan aku tahu, password yang aku SENDIRI create tahun lepas itu, ialah password aku yang TERPANJANG pulak tuh! Matik.. matik… (last aku buka akaun tuh ialah pada NOV 2008)

Sekali. Gagal. Dua kali. Gagal. Tiga kali, aku terpaksa recall balik kat icon “?” dia kat sebelah, aku letak hint kat situ “he-me-my end ID” (oke, jangan kanchong. Aku ingat HE tuh siapa, My end ID tuh apa.. tapi aku lupa ME tuh!!) padahal, ME tuh merujuk pada ID aku. Yer, ID aku bukan satu atau dua pulak tuh.

Humang aih. Berpeluh la ketiak nih nak ingat balik. Selawat banyak-banyak kali, sebut ‘ya latiff’ banyak-banyak kali.. baru la aku teringat apa dia “ME” tuh, yer, aku letak…….eh? apsal? Nak tawu aku nyer password ker?

Haha. Anda gagal.
Sila cuba lagi.

Thursday, March 12, 2009

bercampur baur

ceritanya:

angah tidak hamil. so lambat lagiii laa aku nak menjadi seorang mak long yang suka manja kan anak buah nya itu.

hmmm...

Wednesday, March 11, 2009

sepatutnya gembira.. tapi.....

angah, sudah hampir 9bulan bernikah.6 bulan selepas itu, dia diterima masuk ke dalam KPLI. setelah 3 kali mohon, baru dapat (bayangkan, happy tak happy nyer dia!)

umum tahu; syarat utama KPLI untuk wanita yang telah berkahwin: ANDA DILARANG SAMA SEKALI UNTUK HAMIL!

yer, aku rasa korang pon tahu apa yang bakal aku nak cerita. 50-50 peluang kini angah telah HAMIL.

sumpah, kalau angah tak masuk KPLI, aku rasa bukan dia suami isteri jer happy giler; aku yang bakal jadik mak long nih, akan menari macarena siap2!

tapi things didn't turned out well. angah menangis sebab takut dia hamil. kesian dia. adik aku nih mmg lemah semangat sikit. orang kat rumah panggil dia 'sawi lecur', tak tahan apa juga dugaan. tak macam akak dia (ini orang2 kat rumah sendiri yg admit yer~) tapi dia ialah degree holder in architecture!

suasana kat rumah 2-3 hari nih, kurang ceria. malam kelmarin aku sampai tidur dlm bilik dia (giler lama tak tido sebilik ngan angah.) dia muram jer sambil siapkan assgmnt maktab dia. aku tanya kenapa? so, dia pon mula cerita kat aku... (takde A-Z pasal ada benda dia tak boleh nak share, i kan gadis lagik...)

tapi aku boleh tangkap apa yang dia nak cakap. kesian adik aku (sekali lagi) dia kalau moody, habislah. nangis jer...

pagi tadi sebelum melangkah kuar nak pi maktab, dia nangis lagi (ibu aku yg citer)
pasal apa dia nangis? pasal dia takut kalau dia terpaksa keluar untuk KPLI tahun nih;
tahun depan TAKKAN ADA LAGI KPLI untuk student degree cam dia, maybe tahun depan akan start pengambilan budak2 SPM terus yang masuk untuk 5 tahun sekaligus..

kesian dia. hubby dia, faizal pon, pening. plan bulan 8 nnt baru ada baby, bulan nih plak dah ada (i'allah).

aku buntu. tak tahu nak bagi dia moral support tang mana and cara mana lagi. aku fkir nak tulis satu surat untuk dia before dia balik maktab nih kejap lagi. maybe aku akan tulih pendek2, yer laa... org tgh pening, ko plak bagi dia baca panjang2, dia tuh da laa payah nak membaca :P


aku rasa ALLAH punya rencana hebat untuk dia. yer la, dia pon baru 2 bulan masuk maktab; kalau takdir dah 10 bulan dia masuk, alih2 preggy, tak ker penat juga tuh? untuk bulan 3 nih sahaja, assgmt dia jer dah dekat 13! all assgmt in A3! (A3=double A4) aku yg tukang tgk dia buat keje nih pon, tepuk dahi.

maybe antara kandungan dlm surat tuh nnt; i just want her to know that, its ok whether she's preggy or not, i'm still happy for her..

*dlm pada itu, aku sempat kira, jika angah benar hamil, aku bakal jadik mak long hari raya nanti :D*

Sunday, March 8, 2009

serangan bertubi-tubi...

aku, seorang yg gemar bergurau, witty-witty manja gitu.
kalau orang tanya, bila nak kawen. aku akan sengaja menjawab benda yg karut-karut.

contohnya:
-saya akan kawen pada 30 feb tahun depan (atau 31 haribulan, mana yg sesuai)
-saya akan kawen lepas raya, tahun tak tahu bila.
-saya akan kawen hanya apabila Hassan, sepupu saya, sudah punya tiga anak.
(hassan & mariati, telah berkahwin selama 5tahun dan kini punya sepasang cahayamata)
(mereka ambil serius hal ini, dan kemudian saya yang terjerat!)

tapi hari nih, seorang makcik saya bertanya lagi, bila kau nak kawen?
idea. idea.

"31 haribulan dua, tahun depan.." sambil gelak-gelak.
(anak beliau 'terkena' ngan lawak ini, takkan laa mak dia tak bleh kot? fikir saya)

tiba-tibe beliau marah saya!

"hah! kau cakap lagi macam tuh, main-main lagi!" getus beliau.

saya terus senyap. terdiam. terkejut. sebab selama ini beliau tahan gurau orangnya.
(saya belajar tahan gurauan dari dia laa!)

may be sebab saya satu-satunya anak saudara beliau yang difikirkan belum naik pelamin. nak kata tak comel, comel (muntah darah!), nak kata rajin dalam hal rumahtangga, rajin juga (muntah hijau!), nak kata manusia, mmg laa makhluk tuhan yang ini ok, tiada cacat cela.

dear makcik;
kakak tak ada niat nak bergurau dalam soal "bila kau nak kawen" dengan jawapan-jawapan hangat itu. tap itu la antara salah satu cara agar kakak boleh lupakan sejenak, sedetik, seketika, yang kakak merupakan satu-satunya anak buah makcik yang belum berkahwin, belum bersuami, belum menimang cahayamata, tatkala 3 orang anak-anakmu sendiri telah berjaya menjalani hidup berkeluarga, manakala seorang bakal menjadi suami pada May ini.

kakak buat-buat tak fikir soalan ini. sebab adik lelaki kakak pun yg kini berusia 24 tahun, sudah menyatakan hasrat ingin berkahwin pada tahun hadapan. manakala adik perempuan kakak pula, berusia 22 tahun, bakal disunting tahun depan juga. 2010, tahun majlis perkahwinan adik-adik kakak.

bukan kakak tak berusaha. tapi kakak tak tahu bagaimana caranya untuk mengenali seorang lelaki yang bisa menerima diri ini seadanya, dan kakak mahu kekal dalam satu sahaja rumahtangga, tak mahu 2, apatah lagi 3.

makcik sayang;
terkadang kakak berangan-angan, jika kakak ditakdir menjadi ibu, kakak akan menjadi ibu yang spoiled kan anak-anak nya. kakak akan jadi tak sampai hati dengan sesiapa saja. kakak akan dimarahi ayah anak-anak ini kerana terlalu memanjakan mereka. bawak kemana tempat mereka suka, masak apa yang teringin mereka nak makan, dan berikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi pada mereka, hingga ayah mereka naik cemburu.. haha!

oke makcik. berhenti disitu. :)

salam sayang dari anak buah mu yang maintain awet muda;
||alis||

Wednesday, March 4, 2009

kehadapan kak ungku nor..kakpiah, dan azmie...

kepada kak ungku nor yg baik hati (pembuat puding karamel yg hebat di alam semesta)..kepada kakpiah yg gile melawak meow2 (merangkap ibu 2anak, bukan anak dara, kata beliau bukan kata saya).. dan.. er....kepada adik azmie yg teramat terror dlm IT nih (hai dik.. nama ko sebijik sepupu polis akak baru kawen 3mggu lepas.. pertanyaan: camne ko boleh sesat ke belog yg biasa-biasa jer nih??)

kesudian kalian menjadi follower belog saya AMAT2 saya hargai...amat.. sampai terkejut saya dibuatnya.nyaris-nyaris nak buat kenduri kesyukuran...3dulang beriani gam (baca: beriani tanam/beriani 3lapis yg mana berkenan di hati anda..)

tetapi, ada tapi nya...kalu anda follow belog nih..anda tak dapat jumpa apa yg menarik..yg ada...n3 yg akan wujud 2kali sebulan..atau sekali dlm 2 bulan..mana-mana yg sesuai laa...

saya nih belog simple2 jer.takde editting2 segala...ringkas laa..org melayu kata "simple"..belog saya yg happening dan fening kat lagi satu tempat;

http://alismysara.blogspot.com/

kakpiah kata ade prob nak follow belog tuh; tapi saya tak tahu apa prob nyer..nnt saya tgk apa yg patot..oh yer; saya nih buta IT :)

kalau nak follow kat alis2 nih.. boleh..takde apa masalah...sila2..tima kaseh daun keladi :)

tapi maybe saya akan tukar alis2 kepada nama yg hurufnya berada bawah dari P, maybe saya akan guna Q R S T U V W X Y Z.. mana-mana satu la idaman kalbu...

salam siaran; kembali ke seri pentas.

alis si jarak kosta merah.aka. peminjam rusuk seorang 'fahri'