Nuffnang

Monday, May 11, 2009

mak mertua kakak

petang tadi; ada aktiviti rewang di rumah makcik. ibu tak dapat hadir, dikirimnya aku buat pengganti, WEH DAH MACAM SAJAK PANTUN PULAK BUNYIK NYER~

ibu kirim pucuk ubi, daun kesum, pucuk keledek; 2 plastik besar; bukan hasil dari rumah, tapi mertua adik ku, yg beri pada besan tersayang. daripada membazir dan dibiar kering; ibu kata, bagi laa kat orang2 rewang, tengah hari nnt boleh jugak dibuat lauk.

sesampai di rumah makcik ku;
aku: nah makcik ros, ibu beri. besan ibu bagi tapi banyak sangat tak boleh habis kalau makan kat rumah tuh.
makcik ros: oo... mertua angah laa yg bagi nih eh? baik. terima kasih (senyum)

selang beberapa jam.........

makcik 1: eh, kak ros, banyak sangat pucuk ubi saya nampak, petik kat mana? belakang rumah?
makcik ros: bukan, itu tadi si kakak yang bawak.... mertua si kakak yang beri........
makcik 1: ha? mertua kakak?

bunyik cengkerik 5saat..............

makcik 2: eh bila masa si kakak ada mak mertua? kawen pon belom...

ramai ramai gelak (ramai: lebih dari 6 orang)

aku? blushing giler.. terus berlari lari anak menuju ke perigi berhampiran, untuk mengandar air. OKE YANG TUH AKU TIPU. AKU LARI MASUK DAPUR, BUAT TEH O.

setelah selesai buat air......

makcik ros: kakak, dah nak dekat la tuh... makcik ros tersasul kata mertua kakak yang beri..
aku: hihi... amin! *PASTUH BLUR SAMBIL SAMBIL FIKIR:






SAPA LAA BAKAL MERTUA AKU, HIHI!

8 comments:

kueh bakar said...

ko lari tersipu-sipu...

wakakakaa

||alis|| said...

bakar berlauk: hihihihi..... lari nak p mana tuh? kang tersadung batu kang.

Anonymous said...

tersadung kang fahri yg hulurkan tangan.. ;P

||alis|| said...

nazz: hihi... malu la... hihi...

en_me said...

ghitewww erk.. hmmm

||alis|| said...

en_me: hiks! ;P

merah hijau said...

Salam perkenalan.. syok baca cite ko ni... lucu sgt2..sukeee.. :)

||alis|| said...

merah ijau: best yer?? hehehe.. nak masuk blog ko x dapat la.. private, huhu..